Dalam sebuah hadis
menceritakan, pada zaman
dahulu ada seorang lelaki wukuf
di Arafah. Dia berhenti di
lapangan luas itu. Pada waktu itu
orang sedang melakukan ibadat haji. Wukuf di Arafah adalah
rukun haji yang sangat penting.
Bahkan wukuf di Arafah itu
disebut sebagai haji yang
sebenarnya kerana apabila
seorang itu berwukuf di padang Arafah dianggap hajinya telah
sempurna walaupun yang lainnya
tidak sempat dilakukan.
Sabda Rasulullah
mengatakan :”Alhajju
Arafat” (Haji itu wukuf di Arafah) Rupanya lelaki itu tadi masih
belum mengenali Islam dengan
lebih mendalam. Masih dalam
istilah ‘muallaf’. Semasa dia
berada di situ, dia telah
mengambil tujuh biji batu lalu berkata pada batu itu:”Hai batu-
batu, saksikanlah olehmu bahwa
aku bersumpah bahwa tidak ada
tuhan melainkan Allah dan
Muhammad itu pesuruh Allah.”
Setelah dia berkata begitu dia pun tertidur di situ. Dia
meletakkan ketujuh-tujuh batu
itu di bawah kepalanya. Tidak
lama kemudian dia bermimpi
seolah-olah telah datang kiamat.
Dalam mimpi itu jyga dia telah diperiksa segala dosa-dosa dan
pahalanya oleh Tuhan. Setelah
selesai pemeriksaan itu ternyata
dia harus masuk ke dalam
neraka. Maka dia pun pergi ke
neraka dan hendak memasuki salah satu daripada pintu-
pintunya.
Tiba-tiba seketika batu kecil
yang dikumpulnya tadi datang
dekat pintu neraka tersebut.
Tetapi mereka tidak sanggup rupanya. Malaikat azab telah
berada di situ. Semua malaikat
itu menolaknya masuk ke pintu
neraka tersebut. Tapi sanggup
rupanya. Kemudian dia pun pergi
ke pintu lain. Para malaikat itu tetap berusaha hendak
memasukkannya ke dalam
neraka tapi tidak berjaya
kerana batu mengikut ke mana
saja dia pergi.
Akhirnya habislah ketujuh pintu neraka didatanginya. Para
malaikat yang bertindak akan
menyiksa orang-orang yang
masuk neraka berusaha sekuat
tenaga untuk menolak lelaki itu
dalam neraka tetapi tidak berjaya. Sampai di pintu neraka
nombor tujuh, neraka itu tidak
mahu menerimanya kerana ada
batu yang mengikutinya.
Ketujuh-tujuh batu itu seolah-
olah membentengi lelaki itu daripada memasuki neraka.
Kemudian dia naik ke Arasy di
langit yang ketujuh. Di situlah
Allah berfirman yang
bermaksud :”Wahai hambaku, aku
telah menyaksikan batu-batu yang engkau kumpulkan di
padang Arafah. Aku tidak akan
menyia-nyiakan hakmu.
Bagaimana aku akan menyia-
nyiakan hakmu sedangkan aku
telah menyaksikan bunyi ‘syahadat’ yang engkau ucapkan
itu. Sekarang masuklah engkau
ke dalam syurga.”
Sebaik saja dia menghampiri
pintu syurga itu, tiba-tiba pintu
syurga itupun terbuka lebar. Rupanya kunci syurga itu adalah
kalimat syahadat yang
diucapkannya dahulu.

About admin

orang biasa berusaha jd tetap biasa..ketenangan jiwa akan selalu ada asal selalu bersyukur.

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s